Banyak perkara yang dibincangkan melibatkan masalah pelajar seperti masalah air, makanan, pusat sumber dan lain-lain. Pihak maktab telah memberikan jawapan yang mungkin dapat memuaskan hati ibu bapa seperti masalah ketiadaan air di mana jawapannya ialah pihak maktab telah melakukan pelbagai usaha sehingga tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan. Antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan tong air di setiap aras, tetapi masalah lain timbul apabila tiada siapa yang mengisinya semula apabila tong itu kosong. Masalah ini begitu besar nampaknya tetapi saya berharap agar pengurusan maktab yang diterajui oleh seorang pengetua yang bijaksana tidak berputus asa dalam menangani masalah ini.
Saya di sini turut menyertakan laporan kewangan badan Muafakat berakhir 31 Disember 2009 untuk sama-sama diteliti terutama ibu bapa yang tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Saya yang tidak begitu pandai dalam akaun ini terpaksa mengira sendiri berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan memandangkan tidak dinyatakan jumlahnya dalam laporan tersebut. Jika tidak silap(maaflah, tidak pandai akaun) sebanyak RM 19,170.20 telah dibelanjakan daripada pendapatan yang diterima sebanyak RM 29,496. Baki yang tinggal ialah RM 10,325.80. Tidak banyak perbelanjaan yang melibatkan jumlah yang besar kecuali perbelanjaan Mesyuarat Agung Muafakat yang menelan belanja sebanyak RM 10,061.20. Tidak ada butiran yang jelas dan munasabah bagaimana wang sebanyak RM 10,061.20 itu dibelanjakan. Selain itu saya juga tertanya-tanya kenapa menggunakan duit Muafakat untuk pembelian piala PGG SPM & PMR sebanyak RM 1440 sedangkan PGG ini sudah ada dananya sendiri.
Alhamdulillah kerana mesyuarat kali ini memutuskan supaya dana yang dikutip seperti yuran PGG dan yuran kelas mengaji al-Quran dipindahkan dari akaun Koperasi Maktab ke akaun Muafakat. Saya amat bersetuju dengan keputusan ini kerana Koperasi adalah sebuah organisasi untuk mencari keuntungan sedangkan wang tersebut sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan pelajar dan bukannya untuk tujuan pelaburan. Saya berharap dana yang dikutip itu dibelanjakan secara telus dan butirannya diperincikan. Adakah lagi wang dana lain yang disimpan oleh koperasi? Harap pindahkan ke tempat yang sepatutnya.
Di dalam ucapan penangguhan yang disampaikan oleh Pengetua, beliau menasihatkan ibu bapa agar tidak percaya sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh anak-anak kita. Secara peribadi saya berpendapat ianya adalah satu penghinaan terhadap cara kita mendidik anak-anak kita. Dan anak-anak kita ini juga adalah pelajar Maktab ini. Apakah yang telah diajar kepada anak-anak kita sehingga tuan pengetua menasihatkan kita agar tidak terlalu percaya kepada anak kita sendiri? Saya boleh bayangkan bagaimana reaksi beliau bila anak-anak kita mengadu hal kepada beliau.
Melalui pengalaman saya menghadiri mesyuarat Muafakat dan PIBG, inilah pengalaman terburuk saya terutama sekali apabila melihat buku program yang diedarkan. Saya berasa malu bila membandingkan isi kandungan buku ini dengan buku sekolah-sekolah lain yang saya hadiri. Inikah standard sebuah MRSM?
1. Laporan kewangan yang tidak lengkap dan butirannya tidak terperinci.
2. Tiada laporan pengesahan daripada Pemeriksa Kira-kira.
3. Tiada laporan prestasi PMR dan SPM/perbandingan 2008 dan 2009.
4. Tiada laporan tentang tindakan yang telah diambil terhadap usul yang dicadangkan sebelum ini.
Diharap mesyuarat Muafakat yang akan datang adalah lebih baik dan ibu bapa dapat bersama-sama menghadirinya demi kebaikan anak-anak kita. Insya Allah.
P/S: Saya tercari-cari Pajero misteri itu tetapi tidak kelihatan. Mungkin digunakan untuk mengangkut ibu bapa dari stesen bas/keretapi ke maktab. Tetapi habis mesyuarat pun tak nampak..
LAPORAN KEWANGAN BADAN MUAFAKAT | |||||
LAPORAN KEWANGAN BADAN MUAFAKAT MRSM KUALA LIPIS BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 | |||||
TARIKH | PENDAPATAN | JUMLAH | TARIKH | PERBELANJAAN | JUMLAH |
JAN | Baki pada 2008 | 11468 | FEB | Sumbangan untuk Majlis Asyura | 300 |
| Yuran pelajar 2009 | 8800 | | Pembelian Piala PGG SPM&PMR | 1440 |
| | | | Pembelian Kamus B.Inggeris & Thesaurus | 1050 |
APRIL | Yuran pelajar baru | 7520 | | Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sem 2, 2008 | 60 |
| | | | | |
MEI | Yuran pelajar | 360 | MAC | Sumbangan untuk Pengurusan Kelas | 300 |
| Sumbangan ibu bapa | 668 | | | |
| | | APRIL | Jamuan AJK Muafakat | 40 |
JULAI | Yuran pelajar baru | 680 | | | |
| | | MEI | Hadiah Homeroom Cemerlang | 150 |
| | | | Pembelian tabung derma Muafakat | 70 |
| | | | Sumbangan Sempena Hari Guru Peringkat PPD Lipis | 200 |
| | | | Perbelanjaan Mesyuarat Agung Muafakat | 10061.20 |
| | | | | |
| | | JUN | Pertandingan Kebersihan Asrama | 2160 |
| | | | | |
| | | JULAI | Sumbangan untuk Pertandingan Bola Sepak | 250 |
| | | | | |
| | | OGOS | Sumbangan untuk jamuan Konferensi | 136 |
| | | | Yuran untuk mesyuarat kebangsaan Muafakat | 553 |
| | | | | |
| | | OKT | Sumbangan untuk Hari Keluarga | 1000 |
| | | | | |
| | | NOV | Yuran ahli Muafakat Kebangsaan | 1400 |
| | | | | |
| | | | Baki | 10325.80 |
| Jumlah | 29496 | | Jumlah | 29496 |
salam...
ReplyDeleteso sad to hear mrsmkl jadi teruk macam ni.masa zaman Tuan Hj Hasan dulu, best je.
but adik,akak harap adik blh masukkan the real akaun tahunan. scan je. sbb tu nampak lebih meyakinkan.
Whatever pun, belanja muafakat tu memang trlebih besar.macam ade something wrong je.hmm...
kalaulah semua tuduhan ni tk benar, akak harap adik bertaubat dan mnta maaf pd nama2 yang dituduh b4 ni..tapi kalau benar, akak harap diorang semua sedar.N congrats to u sebab berani bongkarkan mslh2 di sana..batch b4 ni mmg jenis patuh je..heheh
teruskan pembongkaran,tegakkan kebenaran,hapus rasuah.
yeah!
hehehe rasanya cikgu akaun aku dulu x ajar aku cara wat akaun mcm ni..
ReplyDeleteKenapa Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sem 2, 2008 tu rm60 je? Bagi hadiah apa? Brp org?
ReplyDeleteAnyway almost staf kat sana yg masih jadi kura-2. Masih mengampu dan sering "Yes Sir!!" dgn perlakuan tok ketua. Terlalu takut utk bersuara bagi membantah @ membongkar kepincangan. Ingatlah wei... Tn Haji yg korang sanjung semua tu bukanlah pemberi rezeki... yakinlah kepada Allah. Usah takut padanya kerana dia sendiri insan yg lemah dan hanya mampu bertahan dengan kelemahan staf di bawahnya. Semakin korang takut, semakin dia berani.. Ingat, kita di pihak majoriti. Kita semua tahu betapa apa sebenarnya yg berlaku. Tinggal lagi, berani atau tidak utk menyatakan kebenaran..
ReplyDeletep/s: Congrats kepada sorang staf yg begitu nekad dan berani..
staf or cikgu yg berani tu? aku tgk staf2 mengampu je ramai? asal nk g byr yuran xde org kat kaunter
ReplyDeleteade staf berani ke? selalu xde kat kaunter je staf mrsm? kuang ajo ngn mak bapak aku lak tu
ReplyDeletestaf yg aku maksudkan ialah sorang cikgu.... DAN BERITA TERKINI YG AKU DENGAR..... Atas keberanian cikgu tu, Tn Haji "sanjungan pengampu" tu telah ditendang masuk ke dalam HQ, maknanya MRSM Lipis (MRSM Tun Ghazali Shafie - nama baru woit!) akan digantikan dgn pengetua baru... Guess dia ni jenis org yg memang tak boleh jadi ketua dan tidak boleh berada di atas sampai bila-2. Habis hancur anak buah "dikerjakannya". Aku rasa pegawai atasan HQ memang dah tau mcmana perangai buruk Hj Lias tu. Harap-2 dia kekal la di situ smpai pencen dan jgn keluar-2 lagi kerana keluarnya dia ke MRSM akan menyusahkan ramai pihak. Syukur Alhamdulillah....
ReplyDeleteMcmana gayanya Pengetua baru tu wallahua'lam, tp yg pastinya kemenyampahan aku kat Lias akan redha. Syukur ya Allah, Engkau mendengar rintihan kami yg teraniaya!
p/s: Hope pengetua baru membawa sinar baru kepada kami di sini. U're welcome my new boss!
whatever ...
ReplyDeletekenapa perlu dihebohkan dalam blog ni.. Annual report x perlu teralalu detail..
ReplyDeleteSatu 1, bila time mesyuarat muafakat semua nak salahkan cikgu.. sedangkan cikgu2 dh lakukan yg terbaik.. kesalahan kecik tu biasala.. x pyh la heboh2.. x kemana-mana pun k.. kpd tuan punya blog ni cukup2lah.. jgnlah timbulkan isu yg boleh menimbulkan permusuhan sesama kita...
Nape nak dihebohkan? Masalahnya kenapa annual repot tak dibuat detail??? nak tggu century repot baru nak buat detail ke? bukan ke itu akan menimbulkan persoalan? Sebagai cikgu yg lebih advance berbanding org kg mcm saya, sepatutnya sensitiviti spt ini ikgu-2 dah dapat 'tackle' dari awal... jgn dibiarkan persoalan timbul dulu, kerana itu akan membuka kelemahan guru.... Pada kami bukan persoalan itu kecik atau besar, masalahnya ia melibatkan integriti dan kejujuran kamu semua yg bergelar guru...
ReplyDeleteitu je kot standard guru2 mrsmkl ni, perasan buat yg terbaik padahal syok sendiri. kutip duit je tau, nak justify kemana pegi duit tu x reti pulak. ini kan melibatkan duit mak bapak, ingat senang ke dapat duit nih? bagi "guru" yg rasa mcm dah buat yg terbaik tu mmg la senang wat duit ni kan? buat keje ala kadar pun masuk gak duit, xyah susah2. seorg guru tu sepatutnya merendah diri, bukan besar kepala. bukan bagi alasan cikgu akaun yg ajar wat akaun mcm tu. apa salahnya mintak maaf je pada parents tentang kesilapan yg berlaku? susah sgt ke?
ReplyDeletelg satu, kepada anon 12:30 tu, kalau tulah yg terbaik yg boleh anda lakukan, saya nasihatkan anda berenti kerja sajalah. anda x layak untuk mengajar di sebuah institusi pendidikan yg sepatutnya bertaraf elit seperti mrsmkl.
Org yg paling malang ialah dia membuat kelemahan tetapi tidak mengaku kelemahan diri sendiri...
ReplyDeleteadoiii sakai giler ko anonymous may 27 12.30 am..the point is..bukan nak salahkan cikgu2 lar kan tp klu tgok balik account yang d bg pade parents agak malu lar wei..camni ke wat account??mane university ajor ko wat camni??ini maknenye ade sumbody yang corrupt and misuse of fund lar tongai!tu pon nak kene cakap ker?
ReplyDeleteAgaknya dalam MJSC Lipis takde cikgu account... tak pun cikgu akaun tak diajak berunding utk menyiapkan laporan ni... senang-2 je nak tipu mak bapak...
ReplyDeleterepot je kat polis.. kat SPRM.. kat Jawatankuasa Audit negara/MARA..suh siasat.. bawak ke pihak paling berkuasa kat Malaysia ni.. mai kita pakat ramai2 gi repot..
ReplyDeleteBahagian Audit Dalam & Pengurusan
Tingkat 25, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Unit Penyelaras
Tingkat 25, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-26915111 x 1701
Faks: 03-26919725
**ps : haritu ade Bahagian Tatatertib ni turun mmrsmkl, tp 2 orang tu takde.. yg sorang tu gi miting katenye.. yg sorang tu tup2 hilang.. atuk sakit katenye.. takut kene soal siasat dgn bsm pasal koperasi la kot..haha..
hahahah takut lar tu agaknyer..
ReplyDeletehuhuhuhu goyang ker abang lias oii!
ReplyDeletehehehe goyang la tu.. konon baca doa org teraniaya. banyakla dia punya teraniaya, yg teraniaya tu students la, sebeb kene bayar seposen utk majlis farewell dia, hahaha... aku x halal seposen aku tuh..
ReplyDeleteOrg yg hati @ perangai busuk mcm bang yas, ke mana pun dia pergi (selagi dia tak insaf) takkan disenangi oleh sesiapapun. So kalu dia terbaca post aku ni, bw-2 sedar san insaf. Kita tu nak bantu awak, jgn bodo sombong kerana stggi manapun kedudukan mu, akhirnya bahang tanoh jugok!
ReplyDeletep/s: Makin tua makin makin berisi sepatutnya...
nak quote si tua ni sikit before dia blah ari tu, "Pengarah perlukan saya di HQ", nak muntah dengar kata2 si gila nih. Yg sebenarnye kan dia tu yg x diperlukan kat lipis, tp nak campak kat mana lg kalau x kat HQ? Senang la ckit org nak pantau, mcm budak kecik, kena check slalu. Kalau x nanti ilang ntah mana, bini kan merata-rata....
ReplyDeleteItulah jawapan nak memperbodohkan org, apa dia ingat org ni bodoh macam dia... pengampu-2 yg tak pernah menangisi kehilangan anak-2 buah yg sebelum ni berpindah makin mencurah-curah airmata kononnya sedih... nak sedih tak kena tempat langsung... baik ko sedih atas kehilangan staf-2 bagus dek kerana kejahatan dan kerakusan Tn Haji yg ko sanjung selama ni...
ReplyDeletep/s: Aku tak paham! Geli aku tengok kehilangan org yg zalim ditangisi.. tapi no wonder la sebab yg menangisi adalah pencacai selama ini.
hm, ala bese la ada corrupt.. x paya la kutuk2 orang, yg penting kita jgn jadi macam 2 udah la..
ReplyDeletecian kat orang yg kene kutuk tu.. kalau dye insaf, dia untung.. tapi kita ni mungkin buat kesilapan cam orang tu, so takpaya nak burukkan orang..
i wan nobody2 bat u..teng2..haha..kte enjoy!!
ReplyDeletebiase corrupt??bangang ke ape ko ni..bodoh piang!
ReplyDeleteKorg ni mcam bgus sngat je...Allah jdikan manusia ni sume je...sume x perfect...Aku bkan nk backup sape2,just nak gtau,korg x tkut dosa ke ngutuk org ni...??Memg la ada hadis mengatakan kita bleh kutuk pemimpin yang zalim,tapi kutuk tu kan perbuatan mazmumah.....Dosa kutuk,slagi x dpat redha orang tu,slagi tulah Allah x ampunkn dosa kita....ingtlah2
ReplyDeleteMemang teruk Pengetua ni. Masalah duit pelajar hilang, apabila parents minta beliau tolong look into the matter...ada ker dia g cakap...kalau tak nak duit hilang, jgn hantar anak masuk sekolah asrama. Adakah itu jawapan yg patut diberikan oleh seorang pengetua...lagi satu cikgu2 sana especially cikgu homeroom, masa daftar anak bukan main lagi bagi no hp...bg contact number kalau parents nak tanya masalah anak...malangnya bila telefon...tak pernah berangkat....
ReplyDeletealamak..takutlah pula nak hantar anak belajar di sana..
ReplyDeletebanyak kes la korang nie
ReplyDelete