Followers

Saturday, December 26, 2009

Gangguan seksual

Setakat ini, apa yang didengar ialah gangguan seksual ini dilakukan oleh pengetua Alias Muda terhadap guru-guru wanita sahaja. Tetapi tidak mustahil juga perkara ini dilakukan terhadap pelajar. Pelajar tentu tidak akan mengadu kepada guru kerana beranggapan guru juga bersekongkol dengan pengetua. Walaubagaimana pun, sebagai seorang yang paling berkuasa di sekolah, beliau tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak baik dengan sewenang-wenangnya. Beliau merasakan bahawa beliau sangat berkuasa dan guru-guru sangat takut terhadap dirinya. Sangat takut kerana markah laporan prestasi berada di tangannya. Jadi apa yang berlaku ialah lahirlah pekerja bawahan yang takut dan bukannya menghormati dirinya sebagai seorang ketua. Dengarkanlah pengakuan salah seorang mangsa gangguan seksual Alias Muda.

Pengenalan

Blog ini diadakan bertujuan untuk menceritakan perkara-perkara yang tidak elok berlaku di MRSM Kuala Lipis. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang bertujuan untuk mendidik anak bangsa, perkara-perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Perkara-perkara tersebut lebih tertumpu kepada salah laku pengurusan. Ini kerana menurut mantan Pengarah BPL(M) si Rahim, baik atau buruk sesebuah sekolah atau maktab itu bergantung kepada pentadbir sekolah. Oleh sebab itu, mari kita kupas sedikit demi sedikit permasalahan yang berlaku dan boleh menjejaskan reputasi sekolah itu sendiri.