Followers

Wednesday, January 27, 2010

Saya di pihak yang benar?

Di dalam kes gangguan seksual, sukar sebenarnya untuk si pelaku mengaku bersalah apatah lagi jika mempunyai pangkat yang besar dan juga kakitangan bawahan yang penakut dan hanya membodek sahaja. Kebiasaannya kakitangan BAWAHAN seperti ini hanya mengiayakan sahaja apa yang diperkatakan oleh ketua mereka kerana kononnya takutkan peluang kenaikan pangkat mereka akan terjejas. Walau bagaimana pun, mereka ini sebenarnya tetap mengata ketua mereka, tetapi hanya mampu bercakap di belakang sahaja. Itulah sebenarnya kakitangan bawahan, boleh menjadi pengikut yang setia, tetapi mampukah mereka naik pangkat dan menjadi ketua jika hanya pandai mengampu sahaja? Jadilah mereka ketua seperti ketua yang ada sekarang.
Bagaimana sikap Kakitangan Bawahan ini terhadap rakan-rakan mereka yang dibuli atau diganggu secara seksual? Dibuli sebagai contoh anak sakit tidak dibenarkan cuti, ayah dimasukkan ke ICU pun tidak diberikan cuti, isteri hampir bersalin pun diarahkan untuk bertugas di luar, terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk program maktab dan sebagainya. Apakah perasaan mereka jika si ketua bertanya kepada isteri mereka, “betulkah hendak keluar menyusukan anak atau suami yang menyusu”? Atau dia berkata, “boleh beri hadiah kahwin, hadiah ciuman”? Atau dia berkata pada adik perempuan mereka, “saya tidak boleh bayangkan peha awak besar mana”? Atau dia mengorat dengan berkata,” itulah dulu saya nak kat awak, tapi awak tak nak kat saya”. Adakah mereka sanggup membenarkannya? Jika tidak sanggup membenarkannya, sepatutnya kita bersatu hati untuk menentang kezaliman. Pedulikanlah kenaikan pangkat atau markah LPP, yang penting ialah keselesaan dan suasana kerja yang kondusif. Bekerja dengan ikhlas bukannya bekerja di dalam ketakutan. Cuba bayangkan bagaimana jika anda sendiri yang diraba? Bolehkah anda merelakannya dan membiarkan dia melakukan pada rakan-rakan kerja yang lain? Inikah yang dinamakan suasana harmoni? Atau anda memang penakut?
Menurut JPA, gangguan seksual ini bukan sahaja secara fizikal atau lisan, malah memandang pun boleh dikira sebagai gangguan seksual. Buatlah penjelasan sebanyak mana pun, adakah si pelaku akan mengaku? Biarlah dia jawab di akhirat kelak. Salah satu tanda hampir kiamat ialah apabila seseorang ketua itu dihormati kerana ditakuti kejahatannya. Wallahu alam.

Friday, January 15, 2010

PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL MENURUT JPA

Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual, antara lainnya adalah seperti yang berikut:

(a) Gangguan Secara Lisan

Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan dengan Pegawai Awam berkenaan.

(b) Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)

Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan Pegawai Awam yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.

(c) Gangguan Secara Visual

Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

(d) Gangguan Secara Fizikal

Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

(e) Gangguan Secara Psikologi
Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.

Sumber: GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kawe raso ramai cikgu pompuan kena lagu ni.. Bakpo senyap? Ko demo doh jatuh ati dengan si Lias? Nok jadi nombor tigo ko nombor pat? Hehe..

Wednesday, January 13, 2010

Pajero Misteri - milik koperasi?



Koperasi sekolah ialah suatu organisasi yang diwujudkan oleh pihak sekolah untuk menjalankan urusniaga dan keuntungannya digunakan untuk faedah bersama setiap ahli koperasi. Oleh kerana modal diperolehi melalui pembelian saham oleh ahli, maka wajar setiap ahli mengetahui tentang pengurusan koperasi yang disertai. Ini termasuk pembelian aset tetap seperti bangunan, kenderaan dan sebagainya. Pembelian ini mestilah dilakukan selepas usul untuk membeli aset ini diluluskan dalam mesyuarat agung terlebih dahulu. Adakah perkara ini dipraktikkan dalam pembelian Pajero oleh Koperasi MRSM Kuala Lipis Berhad? Tidak sama sekali..

Melalui maklumat daripada pihak tertentu, tuan Pengetua, Tuan Haji Alias bin Muda telah mengarahkan juruteknik untuk membida Pajero ini yang mana tendernya dikeluarkan oleh Mara untuk kakitangan sokongan sahaja. Sebanyak RM5,000 wang pendahuluan telah dibayar oleh Alias melalui juruteknik tersebut. Setelah berjaya, maka diarahkan juruteknik bersama pemandu untuk mengambil Pajero tersebut.

Mungkin setelah kecewa melihat Pajero tersebut(biasalah kenderaan yang dilupuskan Mara) maka Alias mengarahkan koperasi mengeluarkan wang sebanyak RM 12,000 untuk membayar pembelian Pajero tersebut. Ini termasuklah membayar semula RM5,000 kepada Alias untuk wang pendahuluan. Walaupun menyedari perkara ini salah, tetapi setiausaha koperasi melakukan juga perkara tersebut kerana menganggap ini adalah arahan daripada pihak atasan.

Berbaloikah pembelian Pajero tersebut? Sudahlah pembeliannya tidak melalui prosedur, penggunaannya pula jarang-jarang sekali. Asyik tersadai sahaja di bawah garaj hingga bersawang. Khabarnya untuk membaiki Pajero ini juga telah memakan beribu-ribu ringgit. Jadi adakah pembelian Pajero ini memberi faedah bersama kepada setiap ahli Koperasi MRSM Kuala Lipis? Mungkin banyak lagi perkara yang melibatkan penyalahgunaan wang Koperasi MRSM Kuala Lipis ini. Agaknya berapa wang yang tinggal dalam koperasi ini?

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010

Pada hari pertama tahun 2010 ini, jadual waktu persekolahan masih belum disediakan. Kelam kabut maktab dibuatnya. Pengetua Alias pula datang lambat(seperti biasa, kadang-kadang langsung tiada). Bagi menangani masalah jadual waktu ini, pengurusan sekolah memutuskan untuk mengguna pakai jadual tahun 2009. Masihkah guru-guru dan pelajar-pelajar menyimpan jadual lama ini?

Tiada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dan kerana kelam kabut juga, pelajar-pelajar diarahkan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas pada tahun ini dan juga kelas tahun lepas(2 kelas?) Bukankah sebelum cuti akhir tahun 2009 baru ni telah diadakan juga aktiviti yang sama? Cantik sangatkah kelas jika aktiviti gotong-royong ini kerap diadakan? Ada bezakah? Kalau pelajar MRSM Kuala Lipis, mungkin tiada bezanya. Hari pertama pun dah kelam-kabut..

Aduhai Majalah Maktab 2008

Akhirnya majalah maktab diterbitkan juga walaupun sudah hampir ke penghujung tahun 2009. Tetapi bagaimana dengan kualiti majalah tersebut di mana pelajar-pelajar terpaksa membayar sebanyak RM20 senaskhah? Berbaloikah dengan kualiti penerbitan majalah yang nampak nipis dan hitam putih sahaja? Bagaimana pula dengan isi kandungan? Mungkin pelajar-pelajar MRSM Kuala Lipis boleh komen.

Dengarnya ramai juga pelajar yang tidak berpuas hati dan ada juga yang terus membuang majalah tersebut. Sudahlah bayar RM20, tetapi hasilnya tidak pun sampai RM10. Mana pergi duit bayar majalah tu? Dah lesap ke?

Bagaimana pula Majalah Maktab 2009? Dah siap ke?